BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum..

Selamat Datang ke blog Nor Azura Ismail..
Salam Persahabatan buat semua..
Kata orang tak kenal maka tak cinta..
Perkenalan membina hubungan sesama kita..
Semoga dapat menjadi sahabat bukan hanya untuk hari ini..
Tetapi untuk selama-lamanya.. Amin..

Friday, June 18, 2010

(Front Page)

Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga kad buatan sendiri ni.. hehe.. thanks tuk adik2 yang rajin gak la menolong walaupun sekadar menjadi tukang gunting dan pemberi idea.. tapi aku amat menghargainya..
credit untuk adik2ku ~ adik, jila ngan tira...



(m/s 1)

Sebenarnya bukanla rajin sangat nak buat kad ni.. tapi disebabkan cuti sekolah takde keja nak buat.. so apelah salahnya mengisi masa lapang kan?? hehe.. tapi ok jugak la.. dua hari yang diisi dengan aktiviti la jugak.. huhu.. yang penting elemen muzik tak tinggal tau.. lalalalala



(m/s 2)

Kad ni actually buat untuk kawan baik aku.. harap2 dia suka la.. walaupun kad ni nampak macam kebudak-budakkan dan macam bukan org berumur 25++ tahun je yg buat.. haha!! tapi ni la jiwa aku.. jiwa budak2 sikit.. ngeh2..mungkin hari2 bergaul ngan anak murid buat aku mengeluarkan idea sebegini rupa.. apepun yang penting ikhlas kan?? hehe.. =p


(Last Page)

Apepun aku seronok dapat buat kad ni.. ye la kalau nak beli kan mahal.. buat sendiri ni cuma perlu masa je la nak dikorbankan sikit.. dan yang penting nampak keihklasan walaupun agak lambat nak siapkan.. melatih diri bersabar la jugak.. so untuk penghabisan cuti sekolah.. at least adalah keja aku kat umah ni di samping keja2 lain..
so.... untuk my best friend~ HAPPY BIRHTDAY!!
p/s simpan kad ni elok2 sampai ke anak cucu!! haha

Friday, June 11, 2010

Menumpang Kegembiraan Insan Lain..










Suka bila tengok orang lain bahagia..
semoga kita terus hidup dengan perasaan sentiasa 'berkasih sayang'..
hanya itu boleh buat kita bahagia..
Senyum selalu...

Kau Guris Perasaan (Sweet Childs)




Semenjak kau kenali dia
Pandanganmu mula beralih arah
Aku di sebelah bagai tak nampak
Seolah kasihku
sudah kau campak dari hatimu..

Tak mampu untukku bersuara
Tak ingin bersemuka dengannya
Walau dihati marah membara
Kerana ku sedar
Cinta itu tak boleh dipaksa..

Kiranya apa yang terucap selama ini
Hanya sekadar madah penyeri suasana
Oh amat pedih perasan kini bila
Dipermainkan sewenang-wenang
Olehmu yang kuanggap kekasih
Dalam keadaan yang tertekan
Masih mampu kumenahan
Lainlah engkau waktu ini
Bersamanya menyemai janji
Terpaksalah kulupakan walau hati masih sayang
Kerna engkau kini jadi milik orang..

Tak mampu kukecap bahagia
Pabila bersama si dia
Walau dihati masih marah lagi
Atas perbuatan...
yang telah menguris perasaan..

Bertahan...



Semakin sukar..
itu je la yang dapat diungkapkan buat masa sekarang...
rasa macam dapat pergi jauh, tapi makin hari makin susah..
kenapa ya?? susah sangat ke nak jatuh cinta??
bagi aku memang susah..
dan sebab kesusahan tu la kita tak boleh paksa orang untuk sukakan kita...
tapi.. kalau dalam hati tak ada perasaan.. kenapa bagi harapan??
tak baik tau buat macam tu... huhuhu
pening.. pening... dan terus pening... hahaha
nak terus mengharap ke atau kena berhenti berharap??
tuuuuuttt... entahlah...
hidup kena diteruskan la.. kena ucap byk2 kali dalam hati..
'Cinta itu tak boleh dipaksa'...
then kita akan faham kenapa orang boleh jatuh cinta..
dan ada orang yang susah menerima cinta..
just nak bgtau pada semua yg tengah dilamun cinta tu..
jagalah perhubungan korang baik2...
sebab.. kita tak akan rasa kepentingan seseorang tu pada kita
selagi kita tak kehilangan dia..
fikir balik susah senang bersama...
bukan senang nak mengenali seseorang..
tak boleh dalam masa singkat sangat..
lama sgt plak lg byk dugaan..
so pandai2lah yerr...
jangan khianati cinta org pada kita..
sebab susah untuk kita mencari cinta yang baru..
pendek kata jangan curang laaaa... tu jer
tapi aku tak khianati cinta pun!! waaaaaa.... aku tak pernah curang pun dulu...
dia yang khianati cinta aku.. dush2!!
cis... dgr kata org tua2.. 'tak ada jodoh la tu'
betul3.. memang tak ada jodoh la tu.. fikir itu jer..
so harap adalah jodoh dengan orang lain kan?? tapi takde jugak..
tunggu punya tunggu dan tunggu lagi.. hehe
hidup kena banyak sabar..
itu memang pegangan aku...
orang kata jugak..
kita akan temui org yg salah..
sebelum bertemu dengan orang yg betul2 sesuai dgn kita..
betul ker???
betul la kot..
so aku betulkan je la..
tunggu la selagi mampu wahai zura..
hehe.. harap2 terbuka pintu hati...
kalau tak terbuka??
tendang kasi pecah..
haha!!
apa yg berlaku hari ni..
adalah pengajaran untuk hari esok..
dan kenangan dari apa yg berlaku semalam..
terus tersenyum... supaya nampak happy je selalu..
yang dalam hati tu lain kali la layan kan..
kihkihkih..
apa yang penting sekarang holiday time!!
jadi hati pun kena holiday sikit la..
lupakan dulu..
semoga jadi lebih tenang..
insyaAllah..

Tuesday, June 8, 2010








Buah Hatiku..



Kenapa???
Menghalang mentari terbenam andai hakikatnya takut bertemu rembulan??
Apa yang terselindung di sebalik bayang yang nyatanya semakin kelam??
Di sini...
Di sudut ini..
Jatuh tersungkur menutup luka yang singgahnya dari kamu..
Tunduk merintih hiba yang dukanya kerana kamu..
Sakit mengalir deraian yang bisa tajamnya dari tingkahmu..

Di mana yang benar andai kesilapan membina saban waktu tanpa menentu??
Kaku terkubur seolah mati tapi nyawanya masih ada lesu menemani aku..
Mengimbau biasan dari pengucapan yang keihklasannya disalah erti kamu..
Apa yang terjadi tanpa disedari?
Ataukah ianya sengaja dibiarkan berlalu tanpa bertemu jalan pulang ke sudut hatiku??
Penyeri itu mungkin tahu..
Tapi bisakah ia berbisik lalu menzahirkan tiap kekesalan yang bertandang dalam nada jiwa yang kelu??

Kenapa..
yang menyoal itu aku?
yang tertanya itu aku?
yang menjawab itu apakah juga aku?

Sedangkan jawapannya pada kamu..
Tolonglah aku..
Terangkan epilog perjalanan ini..
Sinarkan lorong duka bingkisan kisah itu..
Bantulah aku..
Kerana sesungguhnya amat berat bagiku..
Menggalas kekalutan bingkisan dari sikapmu..
Hadiah luka dari pekertimu..
Tangisan hiba dari benakku..


NUKILAN;
Nor Azura Ismail
12:16 am
31 Mei 2010